JellyPages.com

Ahad, 12 Mei 2013

Ibu Ku

Ibu,
Setiap deras degupan jantungku,
Engkau mampu merasakannya,
Ketikaku sedih,gembira,gelisa
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika angah sedih
Dikau la ubat duka laraku
Menceriakan & Menghakis
Perasaan yang meluntur Semangatku

Ketika angah gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari
Saat angah hidup di muka bumi ini

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah
Mengusutkan perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Angah akan sentiasa mendampingimu
Membelai & menyayangimu hingga ke hari tuamu

Ibu
Ku tahu diriku ini telah banyak menyakiti hatimu
Ku tahu kasih sayang yang ku berikan padamu ini
Tidak setanding kasih sayang yang dikau curahkan padaku
Namun,terimalah keiklasan diriku ini
Sempena hari ibu
Daku mengarang Sajak ini untuk dirimu

Ibu
Angah Sayangkan ibu seumur hidupku...